Minggu, 27 Maret 2016

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati yang Sedang Kecewa

Assalamualaikum Sahabat Nisrina
Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati yang Sedang Kecewa

Cara Menenangkan Hati yang Kecewa

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa

Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu
– Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

·         La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
·         Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
– Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh 

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )

Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!



Al - Isyq (Penyakit Cinta) Menutup Semua Aib Pujaan Hati

Assalamualaikum Sahabat Nisrina
Al - Isyq (Penyakit Cinta) Menutup Semua Aib Pujaan Hati

Al - Isyq (Penyakit Cinta)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahberkata,
هويتك إذ عينى عليها غشاوة … فلما انجلت قطعت نفسي ألومها
“Kecintaanku kepadamu menutup mataku
Namun ketika terlepas cintaku, semua aibmu menampakkan diri
[1]
awalnya saling memainkan sandiwara cinta tak halal saja. setelah sekian tidak lama dan bosan, baru nampak belangnya…
ketika di AWAL
“tolong datang berikan dunk, pengen ditemani belanja” (wuuzzz,5-10 menit tiba)
SEKARANG:
“papa temani belanja yuk”, (jawaban: belanja aja ndiri… sibuk niii)
ATAU, DAHULU:
“yankku, gunung akan kudaki, selat kan kusebrangi, jikalau kangen”
SEKARANG:
“kok ga pernah sms lagi sih?”
“brisik amat ni HaPe sih, gue lagi ada gebetan baru ni (selingkuh)”
Yang terlihat darinya hanya yang baik-baik saja, seakan-akan dunianya dipenuhi dengan bayang semu kebaikan pujaan hati. Setelah lama berlalu masa, setelah jemu melanda, setelah habis sari pati bunga dihisap, barulah ia menyesal
Abul Abbas Al-Hamawi rahimahullah Menjelaskan mengenai Al-‘isyq,
عَشِقَ عَشَقًا مِنْ بَابِ تَعِبَوَالِاسْمُ الْعِشْقُ بِالْكَسْرِ قَالَ ابْنُ فَارِسٍ الْعِشْقُ الْإِغْرَامُ بِالنِّسَاءِ وَالْعِشْقُ الْإِفْرَاطُ فِي الْمَحَبَّةِ رَجُلٌ عَاشِقٌ وَامْرَأَةٌ عَاشِقٌ أَيْضًا.
“Al-’isyq dengan kata kerja ‘asyiqo-‘asyaqon dari bab tasrif tabi’a, menggunakan kasroh
Berkata Ibnu Al-Faris rahimahullah berkata:
“al-’isyq adalah memuja/ menggemari wanita, berlebih-lebihan dalam cinta, istilah untuk laki-laki dan juga wan
ita.”
[2]
semoga yang terjangkit penyakit ini bisa sembuh dan semoga yang belum tidak akan pernah terjangkiti.



Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!



Menenangkan Hati dengan cara Islami

Assalamualaikum Sahabat Nisrina
Menenangkan Hati dengan cara Islami

Menenangkan Hati dengan cara Islami

Menenangkan hati sangat diperlukan saat kita merasa penat dan jenuh dengan segala macam aktifitas sehari-hari yang terkadang menguras otak dan tenaga yang ada pada tubuh. Hal ini membuat pikiran menjadi kacau dan salah satu obatnya yaitu menenangkan hati. Allah telah menggariskan segala sesuatu didunia ini pasti mempunyai fungsinya masing-masing termasuk beberapa hal berikut bisa membantu anda menenangkan hati secara islami.
·         Sabar. Dengan kesabaran, manusia akan lebih bisa menghadapi masalah yang berat sekalipun.
·         Berfikir Positif. Selalu berpikiran positif atau positive thinking sangat membantu untuk menenangkan hati yang sedang gelisah.
·         Berzdikir (mengingat Allah). Dengan mengingat Allah, kita dapat menghadapi persoalan dengan lebih tenang.
·         Shalat. Merupakan ibadah yang bisa menenangkan hati, penangkal dan penawar berbagai penyakit hati yang bersarang di dalam dada manusia


Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!



Tips Cantik Untuk Angkat Suasana Hati

Assalamualaikum Sahabat Nisrina
Tips Cantik Untuk Angkat Suasana Hati

Tips Cantik Untuk Angkat Suasana Hati


Kadang ada beberapa persoalan yang dihadapi sangatlah susah untuk dipecahkan. Membuat kepala berat dan pusing, lelah dan malas untuk melakukan apa saja. Faktor ini jangan dibiarkan berlarut-larut, tak ada gunanya bermurung dan berkecil hati, toh persoalan tidak akan selesai.
Cobalah untuk meningkatkan suasana hati sekaligus memelihara kecantikan tubuh. Bagaimana caranya?
Pijat Dengan Minyak Kelapa
Pijat dapat menenangkan tubuh dan pikiran, terlebih apabila anda menggunakan minyak kelapa sebagai ramuan oles. Bau alamiah minyak kelapa dapat membawa suasana hati dan melembapkan kulit.
Makan Salad Buah
Agar suasana hari yang kacau dapat dirubah dengan mengonsumsi buah-buahan segar untuk menutrisi kulit dengan beberapa vitamin. Vitamin bisa memperhalus kulit dapat membuat perasaan lebih tersanjung dan meningkatkan hormon kebahagiaan.
Memakai Masker Wajah
Menekuk wajah hanya akan meningkatkan garis-garis halus di wajah cantikmu. Jadi, hindari faktor itu dengan menerapkan masker wajah setiap ada peluang. Memelihara wajah dengan bahan masker alamiah semacam kuning telur, yogurt atau buah juga bisa meningkatkan suasana hati. Anda akan merasa direvitalisasi dan lebih bahagia.

Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!



Cara Merawat Hati Menurut Islam

Assalamualaikum Sahabat Nisrina
Cara Merawat Hati Menurut Islam

Cara Merawat Hati Menurut Islam

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rusaklah seluruh anggota, itulah hati.” Bukhari dan Muslim

Terdapat 18 cara merawat hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripad
penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1.       Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
2.       Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
3.       Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
4.       Beriktikad dengan akidah yang betul.
5.       Sentiasa melakukan muhasabah diri.
6.       Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
7.       Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
8.       Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
9.       Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
10.   Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
11.   Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
12.   Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
13.   Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
14.   Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
15.   Sahabat yang dimuliakan,
16.   Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
17.   Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
18.   Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat Khusyuk dalam solat.
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah 2:112)


Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!