Cara Merawat Hati Menurut Islam
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah
bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka
baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rusaklah seluruh anggota, itulah
hati.” Bukhari dan Muslim
Terdapat 18 cara merawat hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1.
Memperbanyak zikir dan memohon ampun
kepada Allah SWT.
2.
Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada
Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
3.
Melakukan amal dan ibadat berdasarkan
perintah Allah dan Rasul.
4.
Beriktikad dengan akidah yang betul.
5.
Sentiasa melakukan muhasabah diri.
6.
Memperuntukkan masa bagi Allah SWT
menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
7.
Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa
terutamanya pada sepertiga malam.
8.
Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT
dalam segenap tindakan dan perbuatan.
9.
Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
10.
Menundukkan penglihatan kepada
perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
11.
Suka menziarahi kubur dan mengingati
mati.
12.
Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah
SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
13.
Suka membantu anak-anak yatim dan
bermesra dengan mereka.
14.
Suka bersahabat dan duduk dengan
orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
15.
Sahabat yang dimuliakan,
16.
Mentarbiah hati supaya mencintai Allah
SWT dengan sedalam-dalamnya.
17.
Membaca serta bertadarus (menyelidik)
makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
18.
Mendekatkan kepada Allah SWT dengan
amalan-amalan sunat Khusyuk dalam solat.
Marilah sama-sama kita beramal dengan 18
perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah
SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya
hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah
SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah 2:112)
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah 2:112)
Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar