Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati yang Sedang Kecewa
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang
sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa
kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan
perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali
untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan
pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku
kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana
perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah,
mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati
kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah.
kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa
peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang
dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini,
anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin
sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini
secara tidak sengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara
untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah,
saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua
yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran
atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita
mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali
menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu,
saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah,
setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu
menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca
surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan
surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat
Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangandalam
menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah
ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli
Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku
Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas
itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah
Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut
kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua
rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan
masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk
berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من
العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma
innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal,
wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa
gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung
kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari
ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut
dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang
dan penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
– Berwudhuk
sebelum tidur
– Baca surah
Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa
tido dan niat dalam hati “Ya
Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal
untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
·
La haula wala quwwata illa billah (Tiada
daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
·
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi
Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja
mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan
anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakan
hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah
dahulu luka itu sembuh
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah
dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita
walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha
Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa
tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah,
hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar
Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah
bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Semoga bermanfaat,
Baca Artikel menarik lainnya di -> http://nisrina.co.id/blog/
Nisrina Peduli Wanita!



